PERKIBUT

Peranan seorang ibu sangat penting dalam membentuk personaliti dan perkembangan anak-anak mereka, memastikan kesejahteraan keluarga, serta memberi kasih sayang dan sokongan kepada anggota keluarga yang lain.

Matlamat Kami

Silaturrahim

Menjaga kebajikan dan merapatkan hubungan semua ibu-ibu dan ibu tunggal di negeri Terengganu serta menjalinkan silaturahim bagi membolehkan pelbagai aktiviti sosial dijalankan sama ada secara online atau aktiviti luar

Ekonomi

Membantu meningkatkan ekonomi ibu-ibu dan ibu tunggal di Terengganu dengan menyokong perniagaan yang dijalankan oleh mereka.

Bantuan

Membantu ibu-ibu dan ibu tunggal di negeri Terengganu dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang sakit atau ditimpa musibah.

Pendidikan

Meningkatkan imej dan tahap pemikiran dan pendidikan ibu-ibu dan ibu tunggal di Terengganu hingga mampu membentuk satu imej yang baik.

Maklumat

Menyalurkan apa-apa maklumat yang ada daripada kerajaan negeri Terengganu kepada ibu-ibu dan ibu tunggal di negeri Terengganu.

Mentor

Membantu bagi mempermudahkan dan menyokong sebarang permohonan daripada ibu-ibu dan ibu tunggal di negeri Terengganu, yang layak dan menepati syarat, untuk memperolehi sebarang bantuan.

Aktiviti Kami

Blog Terkini

Jom Bantu Kami

Pertubuhan kami memohon kepada anda untuk memberikan derma bagi membantu kami menyokong program-program yang bermanfaat kepada masyarakat yang memerlukan. Setiap sumbangan anda akan membantu kami untuk merealisasikan objektif penubuhan kami. Kami berharap anda dapat membantu kami dengan memberikan sumbangan anda, walaupun sedikit, ia dapat memberikan impak besar kepada kehidupan mereka. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.

Sumbangan Melalui Toyyibpay :

Sumbangan Melalui Bank Transfer :

Bank : Maybank
No Akaun : 5630 1926 7681
Nama Akaun : PER KEB IBU-IBU & IBU TUNGGAL TERENGGANU

Hubungi Kami

PERSATUAN KEBAJIKAN IBU-IBU DAN IBU TUNGGAL TERENGGANU (PERKIBUT)

(PPM-010-11-10122017)

PT-20766-K,
TAMAN PERMINT PERDANA KG. BATIN,
SEBERANG TAKIR,
21300 KUALA NERUS
TERENGGANU